MY BLOG

Edit
Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat kalau dah tinggalkan parut memang susah nak hilang. Memang stress tengok muka kat cermin ada tompok-tompok hitam bekas jerawat kan? Lagi stress kalau parut jerawat tu tak hilang jugak walau dah berbulan. So kat sini ada beberapa tips untuk hilangkan parut jerawat tu. Tips no satu dan dua tu, kawan kat ofis bagi. Katanya dulu muka dia pun banyak parut jerawat tapi dia amalkan selalu tips no satu dan dua tu dan memang berkesan untk dia. Memang sekarang muka dia tak ada kesan jerawat pun. So aku share je la termasuk tips lain yang aku cuba Google. Hihi.

Tips hilangkan parut jerawat ni tak perlu keluarkan banyak duit pun. Semua guna bahan semulajadi. So tak payah risau kalau tips ni kena guna bahan bertoksik ke apa. Chemical-free okkaayyy.


  1. Tomato. Yes tomato. Berlambak kan tomato kat dapur. Haaaa pegi amik sebiji tomato kat dapur dan belah dua. Sapu bahagian dalam tomato tu ke kulit muka. Kira cam usap perlahan-lahan tomato tu ke muka la. Usapkan secara bulatan. Jangan sapu tomato tu ke atas bawah. Usap dalam bentuk bulatan ok. Jangan tenyeh atau sental tomato kat muka tu pulak. Just usap perlahan-lahan ke seluruh muka. Buat camtu selama 10 minit. Lepas tu bilas. Kena buat konsisten baru nampak parut jerawat tu lama pudar dan hilang.
  2. Lagi satu tips budak ofis tu bagi ialah guna air basuh beras. Katanya amik air basuh beras tu buat basuh muka. Kalau biasa rajin masak nasi sendiri tau la air basuh beras tu. Biasanya lepas basuh beras tu air tu buang je kan. Kali ni jangan buang, amik air tu dan buat basuh muka. Macam basuh muka guna air biasa la. Tapi kali ni guna air basuhan beras tu. Again, kena amalkan selalu untuk nampak hasil.
     
  3. Timun hilangkan parut jerawat. Yerp timun. Caranya senang. Amik sebatng timun. kisa sampai halus. Lepas tu amik timun yang dah kisar halus tadi ke muka. Tepek kat muka macam mask. Kalau berair sangat kisaran tu boleh tapis sikit airnya. Lepas tu boleh tepek kat muka. Biarkan mask tu dalam 30 minit sebelum bilas.
     
  4. Aloe vera atau lidah buaya pun berkesan hilangkan parut jerawat tau. Aloe vera ni memang berkesan la untuk masalah kulit sebenarnya. Tapi dalam kes parut jerawat ni, apa perlu buat? Amik sebatang aloe vera. Potong dan amik lendirnya sahaja. Terus sapu pada kawasan yang berparut. Haaa tu je.

Selamat mencuba dan terus amalkan untuk hilang parut jerawat tu. Kena rajin la kan supaya dapat hasil yang kita nak. Kalau setakat aamalkan sekali dua lepas tu tinggal memang la tak nampak kesan apa-apa. Yang penting Istiqamah.

Kalau rasa malas atau tak ada masa nak buat semua ni. Saya ada penyelesaian yang senang. Pakai je gel yang dibuat dari gabungan lidah buaya dan timun. Gel ni dipanggil Magic Jelly. Sesuai sangat dengan namanya tu sebab berkesan hilangkan parut jerawat. Bukan tu aja, Magic Jelly ni berkesan untuk masalah kulit lain macam jerawat, jeragat, kulit kering, bibir kering dan macam-macam lagi.

0 comments:

Post a Comment